THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, November 6, 2010

kawan VS lawan

aku punya ramai kawan
namun kebanyakannya adalah lawan
aku punya ramai pendengar
namun segelintirnya sahaja yang setia

terima kasih kawan
kerana mengajar erti kehidupan
bagi yang menjadi lawan
terima kasih banyak-banyak kawan

Tentang seseorang yang aku jadikan idola peribadi ku , insan yang menemaniku online setiap hampir 24 jam.YM dan facebook sebagai pengantara.Dia kakak ku,walaupun bukan sedarah bukan seketurunan.Aku belajar erti kekuatan dan berhenti menjadi insan yang lemah.Aku menilai dari kehidupan lampau nya.Betapa besar dugaannya.Aku hanya mampu berkata , engkau sungguh tabah.

Tentang seseorang yang aku baru sahaja kenal.He's cute.Hahahah betapa seronoknya dia bila mendapat pujian ini.Well,graduasi dari UMS yang masih terkial-kial mencari pekerjaan tetap.Dalam tempoh yang singkat,kami menjadi rapat.Pertemuan yang baru sahaja sekali.Kami melepak di mcD menaiki dia punya MiVi.Alamak ini bahasa Melayu ka apa ? Ahh saya tidak peduli , ini blog saya :D Terima kasih Mr. Beard ! Anda sudah banyak gembirakan saya.Saya adalah tulang belakang kamu , right ?

Seorang lagi insan yang saya gelar sebagai kakak.Banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar.Dia cantik ! :D Ya dia sudah berkahwin ( jangan mengorat dia )..Kekeke...Sudah dua kali saya putus cinta.Saya abaikan nasihat dia.Kini saya menyesal tak sudah namun dia tetap support saya.Thank you kakak :D

Kawan-kawan yang lain , saya sayang kamu semua.Family saya dari SACS juga tidak dilupakan.Ternyata kita bukan sahaja satu club tetapi kita satu keluarga.

Kawan-kawan yang lain , yang telah bersamaku sejak dari bangku sekolah.Kamu semua adalah yang terbaik.Suka duka kita bersama tidak akan dilupakan.Maafkan aku jika ada salah dan silap.

Kawan adalah kawan
Lawan adalah lawan
Kamu semua amat menawan
Saya juga tertawan

P/S : Maafkan saya jika merapu
Itu saja.Terima kasih