THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 20, 2010

tentang dia

Seringkali blog ku berunsur emo semata kebelakangan ini ya. :)
Maaf..Inilah yang dikatakn diary online.Apa2 pun aku amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerna di anugerahkan peluang untuk merasa kembali kebahagiaan yg sudah lama aku idamkan.

Hingga aku bertemu dia :
Dia yang berada di sisi pada waktu susah dan senang.
Dia yang sanggup berjaga malam untuk menemani ku sebelum tidur.
Dia yang sering mengingatkan aku tentang kewajipan sebagai org Islam iaitu solat.
Dia yang tidak pernah putus asa untuk menghiburkan hati.
Dia yang mengisi segala kekosongan hidup.
Dia yang sudi mendengar segala keluhan dan luahan.
Dia yang menerima ku seadanya.
Dia yang mencinta dan menyayangi dengan seikhlasnya.


Maaf , dulu aku pernah mengecewakan kamu. Aku sering mengabaikan kamu. Kini aku telah bersedia untuk menerima cinta kamu. Doakan hubungan kita akan diberkati oleh Allah. Semoga kita dihindarkan dari fitnah dan maksiat.Kerna bagiku,kamu mampu membimbing ku dunia akhirat. Terima kasih Azrizal :)

yang pergi takkan kembali

Dealove by Once.

Lagu itu lagu kami berdua. Hampir 5 tahun berlalu. Engkau pergi meninggalkan aku buat selamanya.
Tarikh keramat 16 September 2006. Hingga kini aku tidak pernah menziarah pusara mu. Aku janji ya sayang. Suatu hari nanti aku akan datang.
Teringatkan memori kita bersama.

Syukur , aku mampu meneruskan hidup tanpa kamu. Aku mencinta dan dicintai lelaki lain.
Namun belum ada lagi yang bisa menggantikan kamu. Belaian , kata2 , ksh syg dan semuanya ttg kamu. Aku rindu...
Salah satu kata2 mu yg masih segar di ingatan. " Jika tiada lagi yg syg pd kamu,akulah yg akan menyayangi kamu "
Ya Allah sungguh aku rindu dia.

Maaf,mungkin aku punca. Penyesalan yang tiada kesudahan. Kenapa kita harus bertengkar ?

Malam ini.Aku tidur bertemankan air mata.
Ku sedekahkan AL-Fatihah buat kamu syg.

Peristiwa pada malam itu masih segar di ingatan.
Sungguh , aku rindu kamu..

Allahyarham Shaminan.Sayang kamu selalu.

Thursday, December 16, 2010

sungguh kamu tidak malu..

Ke sana ke mari membonceng modenas kriss hasil daripada titik peluh aku.
MasyaAllah sudah cukup hebat kah kamu wahai insan yang aku pernah gelar sbg sayang ?
Bukankah dosa yang tidak terampun adalah dosa makan harta anak yatim? Adakah engkau mengetahui nya ataupun pura pura tidak tahu ?

Hebat bukan ? Menjaja cerita ke sana ke mari. Situ sana sini . Tahniah !
Oh kepada teman wanita kamu. Pasti kamu yang termalang antara yang termalang. Usah lah kau bersusah payah melemparkan kata-kata penghinaan kepada aku kerana engkau bakal menerima nasib yang sama.Sudah pastinya engkau tidak tahu siapakah insan di sebalik wajah kekasih hatimu itu :)

Kita lihat sahaja lah nanti..Aku sentiasa mendoakan agar engkau berubah wahai lelaki yang aku pernah sayang. Cinta mati ? Pasti tidak. Aku bersyukur kerna Allah telah memberi petunjuk bahawa engkau bukan lah jodoh ku. Pasti bukan engkau kerna engkau memang tidak layak mendapatkan aku. Alhamdulillah..

Allah maha pengasih , Allah maha penyayang. Allah maha mengetahui . Allah maha pengampun.

Bersyukur ke atas Nya hingga aku diberikan hidayah / petunjuk agar tidak terus di buai oleh cinta palsu itu. Cinta yang dipergunakan untuk kepentingan nya sendiri. Ya ya aku tidak pernah kesal malah aku bersyukur. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Terima kasih atas segalanya.

Maafkan aku. Sesungguhnya aku tidak bersedia untuk memaafkan mu. Aku juga tidak sempurna . Aku juga menganggapmu sebagai manusia yang tidak pernah dari kesilapan tetapi wahai lelaki. Tolonglah tunaikan janjimu. Hutang mu sila lah dilangsaikan dengan segera. Agar engkau tidak 'di tagih ' di akhirat kelak.

dia lagi..

Haih dia lagi. Gila , bukan ? Saban hari terkenangkan dia dia dan dia.
Bunga bunga di hati yang ku sangkakan akan pergi setelah dia melangkah pergi kini kembali lagi.
Ini lah cinta duniawi yang menyiksa diri. Benar , cinta kepada Allah adalah cinta yang hakiki.
Namun aku tidak mampu menahan cinta. Kisah ku dan Mr L sudah sampai ke penghujungnya.
Masih..Sukar untuk dilupakan.
Engkau yang menghadirkan cinta.Kini engkau yang mematikan cinta.
Terima kasih.

Wednesday, December 8, 2010

You're such a nice guy

I’m sorry that you love me, because I don’t love you back. I’m sorry that you find passion in me, and I don’t find it in you. I’m sorry that I’m all you think about, and I never think about you. But most of all, I’m sorry that you ever thought that I loved you.
Because I didn’t.



Ya ya kamu..Lelaki yang tampil untuk mengubati hati yang luka. 
Maaf aku tidak mampu menggantikan hati yang luka dengan cinta yang baru. Amat sukar. Percayalah , akan ada insan lain yang akan menyayangi mu. Lebih baik lebih sempurna. Tapi bukan aku.

Friday, December 3, 2010

sahabat

Hey its midnight. Before I'm off to bed , I would like say that I AM SO HAPPY ! Yippie yippie ! :D Just now having a blast outing with my besties , Evenie and Jesz. However , we didn't managed to stick into the actual plan. According to the plan , we should be watching a movie then having supper at KFC. Sadly , the movie starts on 8.45 pm. I'm afraid that we're gonna be late as Evenie's will driving all alone after she send us home. However thanks guys ! It's been a long time we didn't meet. See you guys in next sem's holiday :) Lots of love !
So , here's the pictures !

                                                             Meet Jeslie :)
                                     I'm not that heavy right Jesz ?
                   Ini dia si kecik molek Evenie.Our driver..Kekeke..
                             And this is me..Kurus dah :) waaaa....

Okay my dear blog.Esok saya akan menatapi mu lagi yaa.. Muah muah ! Assalamualaikum..

....

Menahan cinta mungkin akan sangat menyiksa, tapi balasannya…. sungguh tak terduga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ”Barangsiapa jatuh cinta, lalu menyembunyikan cinta, menahan diri, bersabar, lalu meninggal dunia, maka dia mati syahid.” (HR Ibnu Abbas

it's friday

Hari Jumaat mengingatkan aku pada saat arwah menghembuskan nafas terakhir nya.Ya..Allah lebih menyayangi nya.Al- fatihah..

Today , I'm going to a movie with my besties , Evenie and Jesz. We're going to watch Rapunzel. However just now I read an article entitled CINTA TERLARANG KERANA ALLAH SWT. Interested ? Let's read. http://www.facebook.com/note.php?note_id=148956055152501&id=107775115929439

Setelah ku renungi jalan cerita cerpen di artikel tersebut , aku merasakan diri aku sudah terlalu berdosa. Kerana mencintai seorang lelaki yang haram untuk dicintai. Kadang2 cinta membutakan hati kita menyebabkan kita lalai dan ingkar pada perintah Allah SWT. Jadi , untuk mendapatkan keredhaan nya. Aku akan berusaha untuk mengelak daripada bercinta sebelum berkahwin. Insyaallah.. Namun aku takut , aku mungkin akan mengulanginya lagi akibat hasutan syaitan.

Tetapi , itu bukan alasan untuk kita terus berputus asa.Ingin aku titipkan kata2 yang aku baca dari satu artikel.


Kpd yg nak berubah, jgn rasa susah hati kalau ada masanya anda jatuh semula.Terbuat salah lama.Mmg itu rasminya kehidupan manusia.Imannya turun naik.Tak ada manusia yg tersedar2 terus jadi baik macam malaikat.Tak ada. Melainkan kamu blh jumpa situasi itu di dalam drama & novel sahaja.Manusia biasa, paling kurang akan tetap ada sisa-sisa jahiliyyahnya. Lambat untuk membuang semuanya.


Tidak dinafikan cinta bisa menguasai segalanya.Termasuk hati kita.Jika kita masih mencintai seseorang yang haram untuk dicintai maka kita akan terus menerus melakukan zina hati. Insyaallah.Aku akan cuba mengelakkan semuanya.

Thursday, December 2, 2010

Dad.. I miss you..

This is my dad...

This picture was taken on 2006 during his performance for Ramah Tamah Aidilfitri Petronas.This time, I'm in form 2. I remembered , I took this picture. I love to seeing him playing music.I used to joined him every time he went for jamming.He was a musician before. Since he was so young. Mak dan ayah pun bertemu jodoh di Saberkas. How sweet. Bila terkenangkan semula kisah cinta mereka lalu aku pun terfikir , " Mom, you're such a lucky woman. " My dad is a man with vision , a positive thinker. Never hurt his children especially his wife ( my mom ). Ya Alhamdulillah.Aku dikurniakan seorang bapa seperti dia.Betapa beruntungnya aku.Terima kasih Ya Allah.Meskipun ayah ku seorang 'saudara baru' namun aku bersyukur.Didikan agama yang telah diberikannya teramatlah sempurna.Seseungguhnya dia telah mendidik anak2 nya dengan sempurna.Perbelanjaan,kasih sayang,perhatian dan lain2.Semuanya sempurna.Sukar untuk ku dapat pengganti sepertimu ayahku.

Aku agak terkilan , di hari perkahwinan ku , aku hanya akan berwalikan seorang ABANG bukannya seorang AYAH.Anak yang bakal aku lahirkan tidak akan sempat menatap wajah ATUKNYA yang sungguh mulia ini.BAKAL SUAMI ku tidak akan sempat untuk mengenali LELAKI yang hebat seperti ayah. Di waktu kesusahan ku , tiada lagi insan yang bergelar ayah akan mendengar luahan ku..Menghapuskan air mata di pipi ku. Ya Allah , aku teramat merinduinya.

Flashback : Whenever I get the highest score in English subject , I will proudly showed him my result. " Pa ! I get the highest score once again ! Where's my present ? " ^_^ Kesiannya ayah.Anak daranya yang asyik membebankan nya.Sering minta perhatian.Alahai..Betapa manja nya aku satu ketika dahulu.

" Pa, I wanna go for shopping ".. Ayahku terdiam.I know , ayah belom pay day.Anak daranya yang sering mintak DUIT. I was an immatured teen who always ask for his money just to satisfied myself. I'm sorry, dad. Saya sering membuatmu bingung dengan perbelanjaan ku yang sering kali melampaui batas sedangkan aku tahu ayah terlalu banyak tanggungan.Saya ingin membalas jasamu.But how?

" Pa, I wanna hang out with my friends." He replied , JUST STAY AT HOME. Lalu aku pun merajuk.I didn't talk to him for whole day.Eggan makan,enggan keluar dari bilik,enggan bertegur.Lalu dengan nada terpaksa,ayah pun memberi green light untuk aku hang out bersama kawan2.Namun aku tidak menyedari bahawa aku telah melukai hatinya. Saya minta maaf, ayah..

" Pa, let's picnic." He replied , " sayang, I'm busy for this weekend ". Lalu aku pun merajuk lagi. Namun senyuman ku terpancar kembali pabila dia membawaku untuk berkelah setelah dia kembali dari bekerja.But, do I ever thought that he was totally exhausted and he needs rest.?I am too selfish , dad. I'm SORRY.

I'm growing up. In 2007 ,I'd turns to sweet 15 teen. Ya it's my PMR-war .Sigh. Pada mulanya aku amat bersemangat tambahan lagi apabila dicabar oleh ayahanda tersayang untuk mencapai target straight A dlm PMR. Semangat ku berkobar-kobar. My first semester exam , I was totally excel in exam. sehingga aku benar2 yakin untuk mendapatkan gred A dlm smua subjek PMR. How sadly....

On 13th April 2007 , the early morning , when I've been busy getting myself ready to go to school,aku pun mengejutkan ayah dr tidur.Namun,dia masih tidak sedar dari tidur.Aku pun beredar untuk mandi dan bersiap2 dengan uniform dan buku2 sekolah. Aku mula mengesyaki keanehan ayah kerana tidak lagi beredar dari kamar nya.Biasanya di waktu subuh , dia akan pergi ke surau untuk menunaikan solat Subuh.Namun aku tiada melihat bayangnya ke surau.Lalu aku dengan rasa musykil kembali lagi ke kamar nya untuk membangunkan nya dari tidur.Berkali2 aku memanggilnya masih lagi tiada jawapan.lalu aku pun menyentuhnya dengan perasaan terkejut.MasyaAllah..Sejuknya badan ayah. Aku dengan rasa panik terus membangunkan adikku dan pak cik ku serta merta lalu menelefon ambulan  Petronas.Dalam masa 15 min , ambulan pun sampai lalu mengusung ayah ke dalam ambulan dan di bawa ke Hospital Bintulu.Tidak sampai satu jam , aku dikejutkan dengan berita sedih drpd doktor yang mahu aku mengesahkan JENAZAH ayah dan menandatangani surat perakuan jenazah.Ya Allah.hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya aku pada saat itu.

I miss you, dad.Sorry for everything.

here we go

So,about me and my beloved mr L. I guess that is the end of our story.Usah risau.Life must go on.Saya seorang yang tabah.Alhamdulillah..Let's proceed to the next stage of life.For now, I'm still getting myself ready for furthering my studies. Semoga dipermudahkan segala urusan ku. Amin..

Dearest Mr. L..
Thank you for eveything,I'm glad that we still could be friend.Walaupun kebahagiaan kita hanya sementara.But I am very grateful dapat berjumpa dgn insan sebaik kamu.When my life turns upside down,you were there for me.Setelah dilukai oleh seseorang , kamu lah yang mengubatinya.You will always be remembered..Thank you and I miss you.

Undeniable , terlalu banyak dugaan yang aku tempuh.Kebencian demi kebencian daripada insan yang pernah aku gelar sebagai insan istimewa satu ketika dahulu dan juga kawan atau sahabat . Pertikaman lidah yang tiada akhirnya.Aku redha.Penghinaan demi penghinaan yang telah dilemparkan.Alhamdulillah Syukran Ya Allah.Engkau telah memberikan aku kekuatan.Segala fitnah yang telah dilemparkan,aku bersyukur,kawan2 yang setia di sisi aku sikit pun tidak pernah membenciku malah memberi sokongan sebagai kekuatan untuk aku menempuhi dugaan ini.Thank you guys.Semoga Allah memberkati hidup kamu semua.

Terlalu banyak pengorbanan yang telah di salah ertikan. Sebaik mana pun kita , yang tidak baik tetap akan dinilai.Yang baik dilupakan.Oleh itu ada pepatah mengatakan, " buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali " Namun aku bersyukur , Allah telah menunjukkan hidayah nya. I mean , his true color. I'm sorry , I'm not talking about Mr L. But the one who I used to called SAYANG. Well I thought that he's the one who's gonna be my Husband. Tp alhamdulillah.Allah telah tunjukkan bahawa dia bukanlah jodoh yang sesuai.Terlalu banyak penderitaan , tangisan dan penghinaan telah aku dapat sepanjang waktu bersama DIA. Sekali lagi , syukur..Syukur dan syukur..Semoga Allah melembutkan hatimu.Memberi petunjuk kepadamu.Agar kamu BERUBAH.Terima kasih kepada sesiapa yang pernah membenci dan berprasangka buruk kepada insan yang BODOH seperti aku. Sesungguhnya yang buruk dtg drpd aku , yang baik semuanya drpd Allah SWT.Wallahualam.