Ke sana ke mari membonceng modenas kriss hasil daripada titik peluh aku.
MasyaAllah sudah cukup hebat kah kamu wahai insan yang aku pernah gelar sbg sayang ?
Bukankah dosa yang tidak terampun adalah dosa makan harta anak yatim? Adakah engkau mengetahui nya ataupun pura pura tidak tahu ?
Hebat bukan ? Menjaja cerita ke sana ke mari. Situ sana sini . Tahniah !
Oh kepada teman wanita kamu. Pasti kamu yang termalang antara yang termalang. Usah lah kau bersusah payah melemparkan kata-kata penghinaan kepada aku kerana engkau bakal menerima nasib yang sama.Sudah pastinya engkau tidak tahu siapakah insan di sebalik wajah kekasih hatimu itu :)
Kita lihat sahaja lah nanti..Aku sentiasa mendoakan agar engkau berubah wahai lelaki yang aku pernah sayang. Cinta mati ? Pasti tidak. Aku bersyukur kerna Allah telah memberi petunjuk bahawa engkau bukan lah jodoh ku. Pasti bukan engkau kerna engkau memang tidak layak mendapatkan aku. Alhamdulillah..
Allah maha pengasih , Allah maha penyayang. Allah maha mengetahui . Allah maha pengampun.
Bersyukur ke atas Nya hingga aku diberikan hidayah / petunjuk agar tidak terus di buai oleh cinta palsu itu. Cinta yang dipergunakan untuk kepentingan nya sendiri. Ya ya aku tidak pernah kesal malah aku bersyukur. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Terima kasih atas segalanya.
Maafkan aku. Sesungguhnya aku tidak bersedia untuk memaafkan mu. Aku juga tidak sempurna . Aku juga menganggapmu sebagai manusia yang tidak pernah dari kesilapan tetapi wahai lelaki. Tolonglah tunaikan janjimu. Hutang mu sila lah dilangsaikan dengan segera. Agar engkau tidak 'di tagih ' di akhirat kelak.
Thursday, December 16, 2010
sungguh kamu tidak malu..
Posted by aishah alias chong at Thursday, December 16, 2010



